KEISTIMEWAAN MADU KHAULA

Dalam suasana dunia sekarang, terlalu banyak penyakit yang tidak diketahui punca dan cara mengubatinya. Tetapi, telah dibuktikan beberapa ratus tahun dahulu melalui al-Quran mengenai penawar segala penyakit kecuali mati iaitu madu. Bagaimana madu boleh merawat penyakit telah dibuktikan oleh para saintis masa kini. Madu dikatakan mempunyai bahan antioksidan yang dapat membunuh dan mengeluarkan toksin yang ada di dalam badan manusia yang merupakan penyebab kepada banyak penyakit kronik. Betapa Allah tidak akan memberikan sesuatu penyakit kepada ummatNya tanpa diberikan sekali penawarnya, tetapi manusia tidak mahu berfikir dan mengambil iktibar. Rasulullah juga telah mengajar manusia agar mengamalkan pengambilan madu yang memberi terlalu banyak manfaat.


Madu mempunyai khasiat yang untuk tubuh badan.Dari segi kepekatannya dan sifat madu tersebut, Ia mempunyai dua sifat iaitu panas dan sejuk. Untuk menghasilkan 250 gram madu tulen, anggaran sebanyak 8 ribu lebah terbang menghinggapi beratus-ratus bunga dari bunga pergunungan Azerbaijan yang letaknya di kawasan tinggi dan tempat-tempat persinggahannya juga merupakan kawasan pengaliran air gunung yang bersih.


Pergunungan Azerbaijan yang bersih dan nyaman udaranya membolehkan bunga dapat hidup dengan bebas dan banyak. Akhirnya dengan kerajinan lebah serta kawasan yang nyaman itu, terhasillah madu tulen. Di sini lebah bekerja untuk mendapat madu yang diperolehi dari bunga. Bukannya lebah bekerja semata-mata memakan gula.


Dengan berasaskan kerja lebah yang rajin sepanjang hari, pemilik yang mengusahakan madu lebah mendapat hasilan madunya yang begitu pekat kerana kurang kandungan air dan lebih kandungan madu bunganya. Inilah keistimewaan yang terdapat dari Madu Khaula. Selain kepekatan madu, Madu Khaula juga memiliki aroma bunga bercampur tumbuhan. Rasanya yang manis merdu boleh diibaratkan bagai raja manis segala tumbuhan buah-buahan. Kesempurnaan keenakannya diperolehi apabila dimasukkan ke dalam lidah, kita dapat merasai tarikan merdunya dalam kelembutan madu tatkala ia mengalir lembut di dalam esofagus dan akhirnya ke perut.

Harga pasaran : RM 65 (semenanjung)
RM 70 (sabah & sarawak)

Comments (0)

Post a Comment