As Sauda Softgel (Minyak Sauda Dara)

Telah diketahui umum bahawa Habbatus Sawda adalah herba tradisional yang telah lama terkenal semenjak 5000 tahun dahulu. Khasiat yang terdapat dalam herba ini digunakan untuk mengatasi pelbagai masalah keadaan dan perawatan yang bersangkutan dengan sistem pernafasan, peredaran darah, sakit perut dan usus, fungsi ginjal dan sebagainya. Bagi produk ini ia merupakan produk yang dibuat daripada minyak Habbatus Sawda. Antara kegunaan tradisi Habbatus Sawda adalah seperti :
  1. Batuk yang kronik, batuk kokol, selsema yang sudah lama.
  2. Resdung (sinusitis)
  3. Lelah atau sesak nafas, akibat bronchial asthma & cardiac asthma.
  4. Sakit jantung dan darah gemuruh.
  5. Darah tinggi.
  6. Luka-luka dihati (cirrhosis of liver)
  7. Batu hempedu, batu karang.
  8. Sakit buah pinggang.
  9. Gout
  10. Kencing Manis.
  11. Luka-luka dalam mulut.
  12. Sakit Tengkuk.
  13. Tonlilitis, gusi berdarah,mulut berbau.
  14. Gastrik
  15. Buasir
  16. Selepas bersalin (menambah susu ibu).
  17. Masalah kesuburan perempuan.
Harga (30 tablet-satu kotak) : s/m RM22
s/s RM 25

KEISTIMEWAAN MADU KHAULA

Dalam suasana dunia sekarang, terlalu banyak penyakit yang tidak diketahui punca dan cara mengubatinya. Tetapi, telah dibuktikan beberapa ratus tahun dahulu melalui al-Quran mengenai penawar segala penyakit kecuali mati iaitu madu. Bagaimana madu boleh merawat penyakit telah dibuktikan oleh para saintis masa kini. Madu dikatakan mempunyai bahan antioksidan yang dapat membunuh dan mengeluarkan toksin yang ada di dalam badan manusia yang merupakan penyebab kepada banyak penyakit kronik. Betapa Allah tidak akan memberikan sesuatu penyakit kepada ummatNya tanpa diberikan sekali penawarnya, tetapi manusia tidak mahu berfikir dan mengambil iktibar. Rasulullah juga telah mengajar manusia agar mengamalkan pengambilan madu yang memberi terlalu banyak manfaat.


Madu mempunyai khasiat yang untuk tubuh badan.Dari segi kepekatannya dan sifat madu tersebut, Ia mempunyai dua sifat iaitu panas dan sejuk. Untuk menghasilkan 250 gram madu tulen, anggaran sebanyak 8 ribu lebah terbang menghinggapi beratus-ratus bunga dari bunga pergunungan Azerbaijan yang letaknya di kawasan tinggi dan tempat-tempat persinggahannya juga merupakan kawasan pengaliran air gunung yang bersih.


Pergunungan Azerbaijan yang bersih dan nyaman udaranya membolehkan bunga dapat hidup dengan bebas dan banyak. Akhirnya dengan kerajinan lebah serta kawasan yang nyaman itu, terhasillah madu tulen. Di sini lebah bekerja untuk mendapat madu yang diperolehi dari bunga. Bukannya lebah bekerja semata-mata memakan gula.


Dengan berasaskan kerja lebah yang rajin sepanjang hari, pemilik yang mengusahakan madu lebah mendapat hasilan madunya yang begitu pekat kerana kurang kandungan air dan lebih kandungan madu bunganya. Inilah keistimewaan yang terdapat dari Madu Khaula. Selain kepekatan madu, Madu Khaula juga memiliki aroma bunga bercampur tumbuhan. Rasanya yang manis merdu boleh diibaratkan bagai raja manis segala tumbuhan buah-buahan. Kesempurnaan keenakannya diperolehi apabila dimasukkan ke dalam lidah, kita dapat merasai tarikan merdunya dalam kelembutan madu tatkala ia mengalir lembut di dalam esofagus dan akhirnya ke perut.

Harga pasaran : RM 65 (semenanjung)
RM 70 (sabah & sarawak)

Kelebihan Vitamin C Dalam Roselle



Roselle (hibiscus sabdariffa), atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vitamin C melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus). Vitamin C merupakan anti-oksidan yang terbaik bagi mencegah kerosakan sel hasil dari proses oksidatif dan tindakbalas kimia dalam tubuh. Ia juga sejenis vitamin larut air. Sekiranya diambil berlebihan ia akan dikumuhkan melalui air kencing sahaja.

Roselle tumbuh meliar dengan banyaknya di Sudan. Antara kelebihan Roselle adalah :

1. Anti-penuaan (anti-aging)
Banyak saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia meminimakan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.

2. Pencegahan penyakit kardiovaskular
Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Dikenali sebagai ‘the silent killer’. Proses oksidan juga menyebabkan kolesterol LDL1 menebal di arteri2 menyebabkan berlaku kesumbatan arteri. Ini menyebabkan terjadinya penyakit arteriosklerosis3 dan trombosis4 yang membawa maut. Ia juga menjadi punca penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegahan kanser
Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan industri terdedah kepada pelbagai pencemaran radiasi, makanan, air dan udara. Risiko terjadinya kanser amat tinggi. Pengambilan Roselle amat baik untuk tujuan pencegahan terutama kanser ‘gastrointestinal’. Mereka yang sering terdedah kepada asap rokok dan pencemaran udara perlu mengambil Roselle sebagai usaha pencegahan penyakit ini.

4. Demam panas dan selsema terutama pada anak-anak kecil
Roselle cepat meredakan panas badan. Daun dan buahnya yang segar boleh dibuat penjaram5, di samping diminum sebagai jus. Rasanya yang masam-masam manis menjadi kegemaran tua dan muda, khasnya anak-anak.

5. Resdung (alergi) dan asma (lelah)
Mempercepatkan proses kesembuhan terutama bersin pagi, mata berair, hidung tersumbat serta gatal-gatal muka adalah menjadi tugas Roselle. Pengambilan bersama herba anti-histamin seperti coscinium plus menambahkan lagi kesan penyembuhan. Roselle juga dipercayai mampu menghilangkan asma serta alergi jika diamalkan berterusan.

6. Stress atau sukar tidur (insomnia)
Stress merupakan masalah rutin masyarakat hari ini. Mereka yang stress kronik perlu mengambil 4–5 biji Roselle setiap hari sebelum tidur. Ia akan bertindak menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Bertindak sebagai ‘penenang’, ia juga mengurangkan dengkur kuat semasa tidur. Roselle juga digunakan sebagai pengubat luka, selepas pembedahan, kecederaan dan lain-lain lagi.


Glosari:
1 Kolesterol LDL - juga dikenali sebagai kolesterol 'jahat'
2 Arteri - saluran darah berotot yang membawa darah keluar dari jantung
3 Arteriosklerosis - penebalan dinding pembuluh nadi dengan akibat hilangnya kelenturan pembuluh nadi
4 Trombosis - penyakit yang disebabkan oleh penggumpalan darah yang terjadi di otak (cerebral stroke) mahupun di jantung (myocardial infaction) yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian
5 Penjaram - sejenis kuih tradisi suku kaum Bajau di Sabah

Kelebihan Kurma


Apa ada pada buah kurma? Ramai mengetahui rupa buah kurma tetapi tidak mengetahui khasiat disebaliknya dari sudut agama antaranya adalah :

1) Buah kurma membantu mencerdaskan minda

2) Buah kurma mampu membantu hilangkan kelaparan

3) Buah kurma mempunyai vitamin yang diperlukan oleh badan

4) Buah kurma boleh membantu penghadaman

5) Ketika berbuka puasa, kita disunatkan memakan buah kurma terlebih dahulu seperti yang diamalkan oleh Nabi s.a.w

6) Buah kurma juga mampu membekalkan tenaga secukupnya yg diperlukan oleh badan manusia.

Sungguhpun ada diantara ada mengetahui khasiatnya, namun adakah anda mengamalkannya.

Kelebihan yang terdapat pada buah kurma juga lebih kurang sama dengan kelebihan memakan kismis

Rasulullah s.a.w juga bersabda,
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

Apa kaitannya kurma dengan kejayaan baginda?

Mengikut kajian yang dibuat, Kurma, kismis, delima, merupakan sebahagian daripada makanan yang bersifat alkali dan apabila diambil dengan kadar yang berpatutan mampu membantu meneutralkan asid yang ada di dalam badan seseorang. Seperti yang kita tahu, asid mengganggu kesihatan, tetapi alkali yang terdapat pada makanan ini mampu mematikan keracunan asid tersebut. Apabila badan kita neutral tidak ada gangguan pada pemikiran dan ketetapan fokus menjadi tinggi. Mental menjadi kuat dan kita mampu merancang strategi dengan baik.

Inilah sebab mengapa Rasulullah bersabda,
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.

Dan baginda bersabda lagi,
“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Malah banyak lagi hadis-hadis sahih yang menceritakan tentang kebaikan menjaga pemakanan. Jadi mula daripada sekarang bagi sesiapa yang mempunyai impian untuk berjaya, menjadi orang hebat dan kaya, maka jagalah pemakanan anda.

MAHABBAH





Mahabbah Madu + Habbatus Sauda'







Gabungan Dua Penawar yang Dinyatakan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith


Kehebatan Habbatus Sauda’ telah dibuktikan oleh saintis
seluruh dunia dan menguatkan sistem ketahanan badan serta melawan serangan penyakit.







Khasiat
Membantu pesakit lelah (asma), resdung, darah tinggi, kencing manis, jantung, kanser, batu karang, strok, migrain, masalah hati, buah pinggang, kolestrol,
demam, , batuk berkahak dan sebagainya


Firman Allah:
“Dari Perut Lebah itu keluar minuman (madu)yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.”
Surah An-Nahl ayat 68-69

Harga
RM40.00 (S/M)
RM48.00 (S/S)

JUS TOK GURU


Jus Tok Guru merupakan gabungan makanan sunnah yang disebut di dalam Al- Quran dan Hadith:
* Untuk menambahkan tenaga
* Untuk mencantikkan kulit
* Mengatasi rasa mengantuk dan keletihan

Harga 180ml
RM20.00 (S/M)
RM24.00 (S/S)

Jus D' HatiKu


Jus D' HatiKu (250 ml) merupakan jus rumusan jalinan 2 penawar iaitu Penawar Fizikal dan Penawar Spiritual

Penawar Fizikal adalah menerusi rumusan makanan anjuran sunnah iaitu Madu, Kurma, Habbatussauda dan buah Tin di samping herba dan buahan terpilih terdiri daripada safron, AloeVera, Kolagen dan buah Goji

Penawar Spiritual pula adalah menerusi standard Amalan Pengilang Islam (Islamic Manufacturing Practice-IMP)

Jus D' HatiKu- Penawar Fizikal dan Spiritual- dikemukakan kepada masyarakat sebagai menyahut seruan hadis Nabi SAW yang bermaksud:
Berpeganglah kamu dengan dua penawar: madu dan al-Quran. (Hadis Sahih riwayat al-Hakim)
Madu adalah simbolik bagi penawar fizikal. Ia disebut di dalam al-Quran dan hadis.
Di dalam hadis-hadis yang lain terdapat lagi beberapa makanan berkhasiat anjuran sunnah Rasulullah SAW, antaranya kurma dan habbatussauda.
Al-Quran pula menyebut tentang buah tin. Makanan sunnah yang terdiri daripada madu, kurma, buat tin dan habbatussauda telah terbukti khasiatnya melalui kajian-kajian saintifik dan diperakui oleh pakar-pakar pemakanan.Al-Quran pula adalah simbolik kepada penawar spiritual.
Manifestasi kepada al-Quran adalah Amalan Pengilangan Islam (IMP) yang bukan sahaja menitikberatkan kebersihan dan kesucian bahan-bahan yang digunakan, tetapi yang lebih penting ialah kesucian jiwa dan hati para petugas yang menyediakan ramuan jus ini.
Kesucian jiwa mereka digilap menerusi amalan solat berjamaah, amalan membaca al-Quran, amalan solat sunat Dhuha dan lain-lain serta amalan tazkirah. Sepanjang proses pengilangan berjalan para petugas sentiasa dalam keadaan berwudu� sebagai satu usaha penyucian jiwa dan perasaan yang berterusan.
Proses pengilangan seumpama ini mendatangkan (barakah) yang berterusan untuk jus ini, insya Allah.
Jalinan Penawar Fizikal Dan Spiritual Inilah Yang Menjadikan Jus D'HatiKu Sangat Baik, Dan Berkasiat Untuk Kesihatan Fizikal Dan Kesucian Jiwa
Khasiat Jus D'HatiKu:
■Mensucikan jiwa dengan pemakanan sunnah
■Merawat rohani yang sakit dengan makanan yang diproses berasaskan amalan pengilangan Islam
■Melancarkan perjalanan darah
■Membekalkan oksigen ke dalam badan
■Menambah tenaga untuk kecergasan badan
■Membuang toksin dari badan
■Mencantikkan dan menyerikan wajah
■Melancarkan perjalanan haid
■Mengembalikan darah haid wanita yang baru menopause
■Meredakan senggugut
■Memberikan tenaga kepada wanita yang ingin bersalin & selepas bersalin
■Membantu mengurangkan pelbagai masalah kesihatan seperti sembelit, resdung, lenguh sendi, sakit lutu, sakit pinggang, kencing manis, darah tingi, kencing tak lawas, dan lain-lain.

Nota: Jus D'Hatiku sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja, lelaki, wanita, kanak-kanak, bayi, ibu mengandung, ibu menyusu dan orang tua.


Cara pengambilan yang disyorkan:

1 sudu pagi & 1 sudu petang/malam, diminum terus. Disyorkan agar menggunakan sudu plastik atau kayu.


Harga = RM 39.90